Monday, 22 August 2011

Udang Rebus Serai

Bahan-bahan ( 4 orang )

800 gm udang (saiz besar lagi sedap)
5 ulas bawang merah (sebesar ibu jari - dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
2 batang serai (diketuk)
2 1/2 cm halia (dimayang)
1 keping asam gelugur
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Masukkan udang yang telah dibersihkan bersama semua bahan yang dimayang, serai dan asam gelugur ke dalam periuk.
Tambah air mengikut citarasa.
Masak hingga mendidih.
Tambahkan garam dan perasa secukupnya.
Biar sebentar dan bolehlah diangkat dan dihidangkan

No comments:

Post a Comment