Monday, 22 August 2011

Sotong Bakar ala Zafran


Assalamualaikum....

Petang ni untuk resepi berbuka puasa kita cuba masak ni yer :)....x sabar nak merasa time berbuka...dicicah bersama sambal asam...perggghhhhhh pasti terangkat




Bahan-bahan ( 2 -3 orang )

500 g sotong besar
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam 2 ulas bawang putih
Daun kunyit


BAHAN2 UNTUK SAMBAL ASAM:-
1 inci belacan, dibakar
1 batang cili merah
10 - 12 biji cili padi
2 biji bawang merah kecil
Asam jawa sebesar ibu jadi, ramas dalam 3 camca besar air
3 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula



Cara-cara
Sotong dibersihkan menjadi putih, asing kepala dan badan. Cuci bersih bhg dalam badan sotong, kelar2 badan sotong tapi jgn putus. Bersihkan juga kepala sotong.

Gaulkan dgn serbuk kunyit dan sedikit garam serta bawang putih yg telah ditumbuk.

Bakar sotong atas api arang (saya bakar atas dapur gas jer). Lapikkan dengan 2 helai daun kunyit. Bakar kurang lebih 5 - 8 minit pada setiap bahagian

UNTUK SAMBAL ASAM
Dalam lesung batu, satukan cili merah, cili padi, garam dan belacan. Tumbuk hingga separuh lumat, masukkan bawang merah tadi dan terus menumbuk hingga agak lumat (jgn terlalu lumat). Masukkan jus asam jawa dan perasakan dgn sedikit gula. Perah jus limau kasturi hingga tahap kemasaman yg diingini. Mesti ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini.
Bolehlah dihidangkan bersama2 sotong bakar tadi...

No comments:

Post a Comment