Saturday, 6 August 2011

SATU PERMULAAN

As salam....

Malam ini adalah satu permulaan...satu permulaan berkongsikan masakan mamma di blog ini...Juga satu permulaan merasmikan oven baru mamma...


Dengan mood yang agak rajin malam ini mammma masak 2 jenis kek...kek coklat kukus yg dah biasa mamma buat & kek kacang tanah yang 1st time mamma cuba resepinya...Kita tengok la hasilnyer nanti yer bagaimana...


Mood rajin ni datang sebab malam ni mamma ada pembantu...adik mamma yang dari penang datang (sidah)...dia yang mintak mamma buatkan kek...nak bawak balik penang esok...nak makan dengan kawan2 kat sana...alang2 mamma buatlah lebih...kebetulan esok mamma nak gi bukak puasa rumah makcik mamma...leh bawak sana gak nanti...memandangkan esok mamma berkumpul 4 family...biar sama2 merasa resepi 1st dari oven mammma...hehe...


RESEPI KEK COKLAT KUKUS

BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat

1 cawan gula pasir

1 cawan marjerin cair

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.

2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)

3. Angkat dan sejukkan.

4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.

5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.

6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.

7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.

8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.



RESEPI KEK KACANG TANAH

Bahan-bahan

  • 1 cwn kacang tanah-digoreng tanpa minyak dan di blend halus
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn butter
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt esen vanilla (tak nk letak pn tak pe)
  • 3 biji telur
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 cwn gula (ikut kemanisan lidah sendiri)

Cara-cara

  1. Griskan loyang dan panaskan oven
  2. Gaulkan tepung, baking powder dgn kacang hingga sebati dan ketepikan
  3. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan masukkan esen vanilla dan pukul lagi
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Pukul sebati setiap telur sebelum masukkan yg lain.
  5. Setelah itu, masukkan campuran tepung dan kacang. Gaul sebati guna kaedah kaup balik
  6. Masukkan susu cair dan gaul sebati. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. (Suhu bergantung kepada oven masing2)

No comments:

Post a Comment