Thursday, 18 August 2011

PUDING KOKTEL BERKUAH


Mamma nak cuba buat resepi ni untuk berbuka puasa petang ni...Dah lama teringin nak makan...Baru petang ni dapat buat...1st time cuba resepi ni :)




Bahan-bahan ( ( 5-6 orang ) )

  • BAHAN UNTUK PUDING
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 1 cawan santan - jgn terlalu pekat
  • BAHAN UNTUK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak ( gunakan tin susu )
  • 1/2 cawan gula @ sesuai manis
  • HIASAN
  • Buah-buahan dalam tin
  • Nata de coco - optional
  • Jelly @ sumi - optional

Cara-cara

  1. UNTUK PUDING
  2. Masukkan semua bahan gaul sebati
  3. Masak atas api sedrhana hingga pekat dan likat
  4. Angkat, masukkan dlm bekas biarkan keras dan sejuk. ( Dh sejuk boleh masukkan dlm peti ais )
  5. UNTUK KUAH
  6. Panaskan susu, air dan gula dalam periuk
  7. Jangan mendidih sekadar panas dan gula hancur
  8. Biarkan sejuk ( boleh juga masuk peti ais )
  9. CARA PENYEDIAAN
  10. Potong puding kastad td mengikut bentuk yg disukai. Masukkan dlm mangkuk
  11. Tambahkan buah-buahan dlm tin, nata de coco, jelly ( ikut suka berapa bnyk nk letak )
  12. Tambah kuah pd mangkuk yg berisi puding dan hiasan
  13. Sedia dinikmati. Best makan kalau baru keluar dr peti ais..sejuk jer

No comments:

Post a Comment