Monday, 22 August 2011

Biskut Semperit Pandan

Assalamualaikum...



Malam tadi mamma cuba buat biskut ni...Tiba2 datang mood nak buat sendiri kuih raya...balik kerja terus cari bahan2 untuk membuat cookies ni...Agak2 leh jimat x kalau buat sendiri kuih raya???Tahun lepas semua beli jer...Tahun ni baru datang mood :)





Nilah rupa biskut semperit pandan yang dibuat malam tadi...Rasa yang tidak mengecewakan :)






Bahan-bahan ( lebih kurang 60-70 keping. )

200gm mentega
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1 biji kuning telur
3/4 cawan gula icing
1sudu teh esen vanila
sedikit pewarna hijau
2 sudu teh pandan paste (dlm botol)
manik gula warna warni untuk hiasan

Cara-cara

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
Masukkan kuning telur, esen vanila, paste pandan dan pewarna hijau. Kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung. Gaul sehingga sebati.
Bentukkan biskut semperit (ikut kreativiti sendiri / guna acuan).
Hiaskan dengan manik gula berwarna warni.
Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 15-20 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada oven anda.








Dapatlah 3 tabung...Untuk dibawa balik ke rumah MIL



No comments:

Post a Comment