Saturday, 18 February 2012

Garlic Roll

Garlic Roll
3 cawan tepung gandum/tepung roti
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2-3 sudu besar olive oil ~ 

Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
Kita akan mendapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

CARLIC SPREAD

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
secubit garam 
sedikit lada hitam kisar 
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

Thursday, 16 February 2012

Kek Pisang Gebus Gebas

.....::: Kek Pisang :::.....

picca from google ^__^
Sekali makan ada orang tu x percaya isteri dia buat...huhu
tersenggih2 mamma...maklumlah 1st time buat
menjadi pulak dengan gebus gebasnyer
rasanya pun not bad ^__^

Hari ni ada orang tu nampak pisang kat dapur...
siap request mintak buatkan lagi
pas maghrib mamma pun start bersilat kat dapur
x sampai 1 jam kek pisang dah siap ^___^

Mamma kongsi resepi yg sgt mudah
pejam mata pun leh buat ni

Resepi :

2 cwn tepung gandum

1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
5 biji pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur



caranya :

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180 darjah.
2. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3. Masukkan minyak masak & kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit.


.....::: SelamaT MencubA ::.....