Wednesday, 24 August 2011

Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum...

Biskut ke 2 mamma untuk sambut raya tahun ni...berkobar-kobar semangat nak wat kuih raya...Hari tu time g umah mak ngah kat putrajaya, dia ada buat biskut ni...sedap...tu yang mamma pun nak cuba buat sendiri...senang jer...cari resepi kat internet...pastu mulakanlah setelah ada bahan2nya :)

Bahan2:
* 1 cwn butter/margerine
* 3/4 cwn gula perang
* 2 cwn tepung gandum (ayak)
* 1 1/2 sk baking powder( ayak bersama)
* 1 sk vanilla
* 1 cwn chocolate chip
* 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)

Cara2:
* Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
* Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
* Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
* Sudukan atas loyang. Jarakkan sbb dia akan mengembang.
* Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven).
Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara. Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.

No comments:

Post a Comment